Hala tuju komuniti

Visi, Misi dan Hala Tuju

Arah komuniti ini untuk lima tahun akan datang: pendidikan percuma, dokumentasi yang diuji, projek praktikal dan pemeliharaan ilmu.

Kami Tak Ramai, Tapi Kami Ada

Bukan untuk membuktikan CFML lebih baik daripada bahasa lain, tetapi untuk memastikan CFML terus dikenali, dipelajari dan digunakan.

Visi dan misi

Visi

Menjadi pusat rujukan pembelajaran CFML berbahasa Melayu yang terbuka, dipercayai dan berkekalan.

Misi

Memperkenalkan CFML dan Lucee melalui pendidikan percuma, dokumentasi yang diuji, projek praktikal dan perkongsian pengalaman pembangun sebenar.

Ikrar komuniti

Kami percaya ilmu pengaturcaraan tidak sepatutnya dilupakan hanya kerana sesuatu teknologi kurang popular.

Kami menghormati semua bahasa pengaturcaraan dan pilihan teknologi.

Kami memilih untuk memperkenalkan CFML dan Lucee melalui pendidikan, perkongsian pengalaman dan pembuktian teknikal.

Selagi ilmu ini masih berguna kepada seseorang, selagi itulah usaha mendokumentasikannya mempunyai nilai.

Langkah pertama

Halaman Mula Belajar CFML, sepuluh tutorial teras diuji semula, dan repositori contoh kod dengan lesen jelas.

Baca artikel Tentang laman ini